- 1.PROFIL DIRIKU (1)
- 2.PENDIDIKAN (1)
- 3.PROFIL KELUARGA (1)
Label
~Tazkirah Harian~
Waktu Sekarang
;
My Family
saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Adik beradik saya 2 orang perempuan (termasuk saya) dan 2 orang lelaki. Saya mempunyai seorang ayah dan seorang ibu. Ayah saya bernama Lias bin Rahmat dan ibu saya pula Pn Sajirah binti Tukimin. Ayah saya seorang pekerja di Inst Tadbir manakala ibu saya seorang suri rumah. Adik bawah saya berumur 19 tahun dan sekarang sedang belajar di Kolej Sains Kesihatan Sungai Buloh dalam bidang farmasi, manakala adik yang ketiga baru tingkatan 5 di Sekolah Men Teknik Batu Pahat, adik saya yang bongsu pula baru darjah 3. Kami tinggal di Kg Seri Desa, Ayer Hitam Johor.
Salam sahabat-sahabat....
Di sini saya akan mencoretkan sedikit latar belakang pendidikan saya dari kecik dulu sampailah sekarang...=)
Pendidikan awal di sebuah tadika islam iaitu Tadika Bahagia di kampung Bahagia ketika berumur 6 tahun. Kemudian, bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam (yang dekat dengan jejantas tu). dari darjah 1 sampailah darjah 6 (tahun 1994-1999). dan pada yang sama , belajar sekolah agama pada sebelah petang di Sekolah Agama Ayer Hitam (sekolah kerajaan negeri Johor) iaitu fardhu ain (1994-1995), kemudian darjah 1-4 (1996-1999). Pada tahun 1996, kami mengambil peperiksaan PTS di mana kami merupakan batch pertama peperiksaan tersebut di Malaysia.(erm,rase-rasenye,dah tak de lagi exam PTS tu sekarang). kemudian pada tahun 1999 yang ktika itu saya berada di darjah 6, saya mengambil pula exam UPSR, dan alhamdulilah..batch kami ketika itu batch cemerlang kerana dapat menaikan nama sekolah kerana ramai yang cemerlang...alhamdulilah ...terima kasih cikgu-cikgu yang kami sayangi...yang banyak menolong kami berjaya sehingga sekarang...mudah-mudahan cikgu-cikgu di sekolah rendah dan sekolah agama kami, sentiasa dirahmati Allah..amin..
Beralih ke sekolah menengah pula....saya menyambung pengajian ke sekolah menengah di sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Agama Arab Kluang, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 (2000-2004) dan dalam pada yang sama, saya mengambil darjah 5 dan 6 di sebelah petang di sekolah agama keraajan negeri. (2000-2001) dan darjah khas(2002) - (p/s: sekolah agama petang dan darjah khas merupakan pengajian yang wajib bagi anak-anak negeri Johor). Berbalik di sekolah menengah tadi, saya mengambil peperiksaan PMR dan SMRA ketika tingkatan 3 (2002) dan SMA (sijil menengah agama) ketika tingkatan 4, manakala SPM ketika tingkatan 5 (2004).Alhamdulilah...saya bersyukur dengan semua keputusan saya di SMAK, syukran kathiran cikgu-cikgu semua,,,jasa kamu semua, akan saya kenang sampai bila-bila...
Dengan keputusan yang diperolehi dari SMAK,saya melanjutkan pengajian ke peringkat menengah tinggi di Maahad Johor (jalan gertak merah, berhadapan dengan pantai lido).... di maahad johor, saya mengambil kelas STAM dan dalam masa yang sama mengambil STP bawah (2005), kemudian mengambil tingkatan 6 atas pada tahun 2006. Namun,pada tahun 2006, saya sempat berada di maahad hanya 6 bulan sahaja.
Pada bulan Jun 2006, saya mendapat tawarn untuk memasuki UKM. dan akhirnya,saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di UKM dan melepaskan STPM saya.. UKM telah menawarkan couse Ijazah Sarjanamuda Pendidikan dengan kepujian pendidikan islam. ( 2006 - hingga sekarang,) pengajian saya dijangka akan tamat pada bulan mei 2010...amin..
Assalamualaikum....salam ukhwah kepada para pembaca yang sentiasa dirahmati Allah....
Di ruangan ini,saya ingin memberi sedikit profil diri saya.
Nama diberi Siti Rohaidah binti Lias. Saya dilahirkan tanggal 27 April 1987 pada hari Isnin bersamaan 28 Syaaban 1407 hijriah pada pukul 10.43 pagi (waktu Malaysia). Dilahirkan di Hospital Batu Pahat Johor (Hospital Lama). Tempat tinggal di Kg Seri Desa, batu 1/2 Jalan Kluang, 86100 Ayer Hitam, Johor. Sekarang berumur 22 tahun. Pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan ( couse pendidikan islam )
Di ruangan ini,saya ingin memberi sedikit profil diri saya.
Nama diberi Siti Rohaidah binti Lias. Saya dilahirkan tanggal 27 April 1987 pada hari Isnin bersamaan 28 Syaaban 1407 hijriah pada pukul 10.43 pagi (waktu Malaysia). Dilahirkan di Hospital Batu Pahat Johor (Hospital Lama). Tempat tinggal di Kg Seri Desa, batu 1/2 Jalan Kluang, 86100 Ayer Hitam, Johor. Sekarang berumur 22 tahun. Pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan ( couse pendidikan islam )
( its me.....)
Langgan:
Catatan (Atom)